Sunday, September 18, 2011

Semula

Demi hati ini, 
akan cuba menjaga..

Walau hari terus berganti hari,
Namun aku akan cuba memahami mu..

Agar kau tau,
Apa yang aku rasa ini bukan hanya kata..

Apa yang ku harap hanya sebuah cerita tentang Kehidupan. 

Kiranya, suatu hari kita bermuka,
katakan padaku;
 " Adakah kau mengerti, walau seluka mana, aku tetap menyayangimu? "

Mungkin hati belum lagi boleh menerima sebuah kata kata punjangga,
Lunak nya suara dan alunan perkataan yang membuak buak difikiran.

Tersentak sebentar, adakah benar itu kata mu,
atau hanya hari ini ia begini, setelah bosan, kau mula melangkah.
Mungkin selepas segala pertelingkahan yang mungkin berlaku,
menyebabkan kita bercanggah pemikiran. 

Di situ akan jelas, apa yang dikatakan dahulu benar atau tidak.

Hati terlalu memkirkan banyak persoalan. 
Tapi, aku ingin kau selalu hadir disini. 

Hati.

Jangan pergi lagi.

Jangan menjadi hujan,
Setelah basah kau siramkan,
lalu pergi, hanya meninggalkan lopak - lopak dihati..

Janji.



No comments:

Post a Comment