Monday, March 14, 2011

Dunia yang plastik

Sedetik hujan terenjas di bumi Kuala Lumpur.
Hatiku mula terkenang segala kisah-kisah lama.
Bertemankan secawan teh CameronValley and biskut kosong dan lagu Menatap Matamu yang selalu dibisikan kepadamu.

Aku mula menjadi rindu.

Rindu dengan belaianmu.
Kasih sayangmu.

Dahulu dia selalu memujaku, menjagaku, menghantar meseg untuk bertanyakan khabar.

Namun kini, semua bagaikan awan dilangit, bergerak mengikut haluan angin.
Entah kemana ia membawa, namun asalnya dulu bersama.

Segala memori kembali bertadah. Kadang kala aku sering memikirkannya.
 Ingin bertanya khabar. Bergurau senda.
Namun ia agak janggal bagi memulakkan perbualan.
Aku tahu yang aku sering menghampakan kamu dulu.
Sering menyakitkan hati.
Sering membuatmu terfikir seketika dan cuba memujukku berkali kali tanpa rasa jemu.

Semuanya kerana kamu terlalu menghargaiku.

Maafkan aku.
Aku tau kau sering membacaku disini. Melihat tingkah laku ku.
Mengetahui apa yang berlaku. Aku tahu, kau juga ingin ku didalam duniamu.
Menjadi sesuatu bagimu.

Lidah ku kelu seketika.
Sambil bersandar di dinding yang sejuk mencengkam tulang menulangku yang semakin rapuh.
Merenung sejenak keluar tingkap yang suram di temani bunyi hujan dan kelamnya senja.
Kadang kala aku tersenyum seketika.
Betapa bahagianya aku ketika bersamamu dahulu.
Kau selalu membawa dirimu ke pantai untuk menenangkan fikiran.
Kerana kamu tahu, begitu jua aku ketika fikiran ku berserabut dengan badai keduniaan yang berbelit belit, akan ku menyendirikan diri untuk mencari ketenangan.
Disitu lah mulanya air mata mula terbibik dipinggir kelopak mata yang sayu, seribu persoalan mula tercipta, bermain di kotak pemikiran.
Tapi kini hanya memori yang mampu menemani kekesalan yang telah berlaku.
Betul lah kata mereka, bila kita kehilangan baru kita akan terasa betapa berharganya ia untuk dilepaskan.

Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation.


Dan kini ku sangat bersyukur kerana berpeluang bertemu kamu walaupun sejenak seketika.
Aku terlalu bersyukur.
Aku mengerti segala yang berlaku atas kesilapanku sendiri.
Aku yang memungkiri janji.
Aku yang mendustakan segalanya.
Maafkan aku.


Kamu terlalu indah untukku miliki.


Kini, kamu mula melangkah.
Dari segala coretan, cacian, picisan kata kata yang memperkotak katikan kehidupanmu.
Kamu mula menjadi gagah. Aku mula berasa bangga dengan kamu.
Kerana aku sendiri kurang segalanya.
Tak seindah apa yang disangka.
Berpeluang bertemu kamu.


Madah mulut bila berbicara.
Susunan kosa kata, ayat pujangga yang berbunga bunga sering diungkap olehku sering meragukan dan agak jelik bagi mu untuk memahaminya. 
Lantas, kamu suka memberikan tanggapan bahawa aku sering "bermain api".
Kadang kala, aku terfikir seketika dengan apa yang telah kamu selami aku.
Mungkin benar apa yang telah di ungkai tentang diriku oleh mu.


Aku mula mengerti.
Cuba mengorak langkah, membina kehidupan yang lebih baik.
Bergerak kehadapan sepertimu, hanya menoleh seketika agar aku mengerti apa yang telah berlaku diriku dahulu adalah pengajaran yang mengulit antonasi kehidupanku kelak.
Apa yang aku harapkan adalah untuk menjadi se"gagah" kamu.
Aku takkan melupakanmu.


Apa yang pasti, aku akan terus berdoa untuk kebahagianmu.
Agar kita bertemu dengan orang yang betul menghargai kita seikhlasnya.
Kerana hanya itu yang ku mahu untukmu.





2 comments:

  1. kepada cik bayu. aku xle nk cakap ape.
    bak kata artis. "no comment" hehe

    ReplyDelete