Tuesday, March 15, 2011

Sehelai Daun Di Desa (Part 1)

Bamnn!!

Tangan dihempas ke dinding rumah kampung yang diperbuat dari kayu merbau yang bertahun usianya.

"Ahh..!! Kenapa mesti ada ja alasan Abah.! "

Jerit Sham yang baru setahun meninggalkan bangku sekolah menengah.

" Ini semua salah Abah! "

" Kalau tak kerana Ibu, dah lama Sham keluar dari rumah ini.! "

Abah mula terdiam dengan amarah Sham.
Anak sulung kesayangannya cuba meluahkan perasaannya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Ibu mula menitiskan air mata lalu memeluk Sham.

" Sham janganlah cakap begitu kepada Abah. Abah sayangkan Sham."
" Abah tak nak apa-apa jadi kat Sham. Sham tak kesian ke kat adik-adik Sham.? "

Dengan nada sayu cuba memujuk Sham.

Sham mula terdiam dengan perlukan Ibunya.
Basah baju Adidas biru yang lusuh dipakai Sham kerana titisan air mata ibunya.
Sham yang berbadan tinggi lampai, bermuka kacukan Jawa dan British itu mula berubah air muka.

" Sham bukan tak sayang adik-adik Sham, tak sayang Ibu dengan Abah. "
" Tapi apa yang Sham nak buat cuma nak bantu Ibu dengan Abah cari duit."
" Di kampung ni, apa saja yang Sham boleh buat.?"
" Hanya mengambil upah menoreh getah dan membantu membetulkan rumah saja."

Nada Sham mula berubah.

Berkerut dahi Abah yang berkedut kedut kerana usianya yang telah tua, terlihat urat urat belikat tangannya yang gelap, cuba mencapai bekas makanan yang sudah digunakannya untuk dijamah semasa menoreh getah pagi tadi.

Perlahan Abah bangun dari kerusi usang yang entah berapa lama ia telah berada dirumah pusaka arwah bapanya itu, menuju ke dapur.

Sham hanya melihat Abah keluar dari kawasan ruang tamu.

Di dalam hati kecilnya, Sham tahu Abah tidak mahu memperbesarkan permintaan Sham.

Hati Sham mula marah kembali.

Seakan akan Abah cuba melarikan diri dari menjawab permintaan Sham.

Sham memandang Ibu, lalu menjabat tangan Ibu yang telah reda sedihnya.

" Ibu, Sham keluar sekejap. Ambik angin. "

Ibu hanya terdiam melihat perbuatan Sham.

Tap..Tap..Tap..
Bunyi tapak kaki Sham keluar menuruni anak tangga rumahnya.

Ibu mengekori sampai ke pintu melihat Sham berjalan keluar dari kawasan laman rumahnya.
Sehingga Sham hilang dari pandangan Ibu.

2 comments:

  1. first trial la dear..xde bakat lagi..
    part 2 da siap but ade sket nk ubah..
    part 3 bru rangka..haha

    lots of thing nk learn balik. :P

    ReplyDelete