Sunday, March 20, 2011

Sekiranya aku

Ya Allah,
Aku bersyukur kehadratmu,
atas limpah kurnia yang telah Kau berikan kepadaku.

Ya Allah,
Kau terangi lah jalan hidupku.
Permudahkan lah urusanku, para sahabat, sanak saudaraku, jiran jiran tetangga ku dan seluruh saudaraku sekelian.
Jangan lah kau membiarkan mereka terus alpa dengan keduniaan yang penuh kejahilan akal fikiran manusia yang masih tidak dapat membezakan antara si putih dan si hitam, yang tergelumus ke dalam nafsu yang membuak buak.

Ya Allah,
Kau lindungi lah diriku,
aku merayu agar Kau buka kan lah pintu hati ku, sinari lah hidup ku, berkati lah rezeki ku.

Ya Allah,
sekirannya telah sampai jodoh ku, Kau kurniakan lah seseorang yang mampu menjaga agamaku, manjaga nama baik ku, taat kepada mu, sentiasa bersyukur keatas segalanya, Ya Allah.

Sekiranya, aku dapat memilikinya ia..
Ingin aku setia kepadanya dunia akhirat.

Ku panjatkan doa kepadamu, Ya Allah.
Semoga Kau sentiasa menempatkan aku di dalam golongan orang orang yang beriman.
Amin Rabbal' alamin.


No comments:

Post a Comment